Sewa kereta di George Town

Tiada yuran dan harga terbaik mengenai ekonomi, mewah, 7-9 kereta tempat duduk dan banyak lagi
https://static.digitaltravelcdn.com/destinations/george-town.jpg
Hertz
InterRent
Europcar
Enterprise
Budget
Avis
Alamo
Thrifty
Ulasan 55,431 • Cemerlang
ulasan 4.5 stars
Pembatalan percuma dan tiada kos tersembunyi
Sokongan 24hr / hari dan sembang langsung
Kaedah pembayaran yang cepat dan selamat
Komisen sifar pada pembayaran kad

Bandingkan dan nikmati penjimatan di George Town

George Town merupakan ibu negeri Pulau Pinang yang berwarna warni dan kaya dengan pelbagai kebudayaan. George Town terletak 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Nikmati percutian anda dengan memandu sendiri di George Town. Antara syarikat yang menyediakan servis penyewaan kenderaan adalah Green Matrix Car Rental, Hawk Car Rental, Kasina Car Rental, Mayflower Car Rental, Europcar Car Rental, Sixth Car Rental dan Avis Car Rental. Syarikat ini menyediakan pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan tema percutian anda. Anda boleh memilih jenis kenderaan mini seperti Viva, minivan seperti Starex, ekonomi seperti MyVi, Compact seperti Toyota Vios dan SUV seperti Ford Ranger. Wakil syarikat sewa kereta akan menemui anda di lapangan terbang dan membawa anda ke tempat pengambilan kenderaan. Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan.

Tempat Menarik di George Town

Negeri ini sangat popular dengan tempat bersejarah dan makanan yang lazat seperti Nasi Kandar dan Pasembur. Salah satu tempat yang bersejarah yang perlu anda lawati adalah Padang Kota Lama (Fort Cornwallis) kerana tempat ini merupakan tempat pendaratan Sir Francis Light pada tahun 1876. Di sini anda dapat melihat beberapa peninggalan sejarah seperti van tentera, bilik simpanan serbuk senjata api serta rumah api. Di Geroge Town juga kaya dengan pelbagai jenis muzium sperti Muzium Kamera, Penang Time Tunnel, Rumah P. Rmalee dan Muzium Perang. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti mencari mural dinding sepanjang Penang Street Art. Mural-mural ini tidak tertumpu pada satu tempat sahaja jadi, anda boleh bersiar-siar di sekitar George Town sambal mencari mural-mural ini.

3 Tempat yang Mesti Dilawati di George Town

  • Fort Conrwallis
  • Muzium Perang
  • Penang Time Tunnel

Memandu di Sekitar George Town

Bandar George Town merupakan antara bandar terpesat di Malaysia. Kawasan ini rancak dibangunkan dan agak sibuk tetapi tidaklah sesibuk Kuala Lumpur. Namun begitu, anda tetap perlu membuat kajian tempat yang ingin dituju kerana laluan di sini ditutup dan dijadikan laluan sehala pada waktu-waktu tertentu. Tetapi dengan memandu kenderaan sendiri, anda boleh meneroka pelbagai kawasan yang menarik di George Town kerana George mempunyai kawasan di bawah jagaan UNESCO. Pelbagai bangunan bersejarah dan tempat yang menarik anda boleh lawati di sini. Jika dibandingkan anda memandu sendiri dan menaiki kenderaan awam seperti teksi, caj yang anda perlu bayar lebih mahal dan anda juga terikat dengan masa. Jadi, pemanduan sendiri adalah lebih menguntungkan.

Titik pickup teratas di sekitar George Town

Lokasi Pengambilan Paling Popular di Disember 2024

Tawaran tawaran kereta terbaru

Langgan surat berita kami