Bandingkan sewa kereta murah di Johor Bahru

Tiada yuran dan harga terbaik mengenai ekonomi, mewah, 7-9 kereta tempat duduk dan banyak lagi
https://static.digitaltravelcdn.com/destinations/johor-bahru.jpg
Hertz
InterRent
Europcar
Enterprise
Budget
Avis
Alamo
Thrifty
Ulasan 55,431 • Cemerlang
ulasan 4.5 stars
Pembatalan percuma dan tiada kos tersembunyi
Sokongan 24hr / hari dan sembang langsung
Kaedah pembayaran yang cepat dan selamat
Komisen sifar pada pembayaran kad

Maklumat mengenai sewa kereta Johor Bahru

Bandingkan dan nikmati penjimatan di Johor Bahru

Johor Bahru merupakan ibu negeri bagi Negeri Johor Darul Takzim. Johor Bahru adalah kawasan yang agak pesat membangun. Namun begitu, tetap ada kawasan-kawasan destinasi pelancongan yang menarik. Johor Bahru terletak 22.5 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail dan 22.7 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Nikmati percutian anda dengan memandu sendiri di Johor Bahru. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan servis sewa kenderaan; Green Matrix Car Rental, Europcar Car Rental, Sixth Car Rental dan Prima Odyssey. Juga, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan tema percutian anda. Anda boleh memilih jenis kenderaan mini seperti Viva, minivan seperti Starex, ekonomi seperti MyVi, Compact seperti Toyota Vios dan SUV seperti Ford Ranger. Wakil syarikat sewa kereta akan menemui anda di lapangan terbang dan membawa anda ke tempat pengambilan kenderaan. Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan.

Tempat Menarik di Johor Bahru

Johor Darul Takzim boleh dikatakan negeri yang mempunyai semua jenis tarikan pelancong baik taman tema, tempat membeli belah, pantai, pulau, air terjun dan bermacam-macam lagi. Namun begitu, kita akan lebih fokuskan pada ibu negeri Johor Darul Takzim iaitu Johor Bahru. Anda boleh lawati tempat bersejarah seperti Muzium Diraja Abu Bakar dan Bangunan Sultan Ibrahim. Terdapat pelbagai pantai dan pulau yang indah di sekitar perairan Johor, antaranya Pantai Desaru, Pantai Stulang Laut, Pantai Lido, Pulau Sibu, Pulau Rawa, dan pelbagai lagi. Selain itu, Johor Bahru juga menawarkan banyak tempat membeli belah untuk dikunjungi. Antaranya ialah City Square Johor Bahru, Komtar JBCC Shopping Complex, Bazaar Karat dan Johor Premium Outlet. Taman tema untuk hiburan seisi keluarga boleh dinikmati di Legoland Malaysia Resort, Puteri Harbour Indoor Theme Park, Hello Kitty Town dan Angry Bird Indoor Theme Park.

3 Tempat yang Mesti Dilawati di Johor Bahru

  • Legoland
  • Pantai Stulang Laut
  • Muzium Diraja Abu Bakar

Memandu di Sekitar Johor Bahru

Johor Bahru tidaklah sepesat Kuala Lumpur, jadi pemanduan di sini adalah lebih mudah. Tetapi anda tetap perlu membuat kajian tempat yang ingin dituju kerana di sini laluan untuk ke satu-satu destinasi jarang terdapat laluan alternatif. Dengan memandu kenderaan sendiri, anda boleh meneroka pelbagai kawasan yang menarik di Johor Bahru. Di Johor Bahru, tidak terdapat jaringan kereta api dan monorel sepert di Kuala Lumpur. Ini menjadikan pemanduan sendiri salah satu pilihan yang bijak. Selain itu, jika dibandingkan anda memandu sendiri dan menaiki kenderaan awam seperti teksi, caj yang anda perlu bayar adalah berkali ganda lebih mahal. Dengan memandu sendiri, anda boleh melawat ke pelbagai tempat menarik yang ada di Johor Bahru; kawasan rekreasi, destinasi lawatan percuma, tempat beli belah dan pelbagai lagi. Anda juga tidak terikat dengan masa. Jika anda mengambil teksi, caj yang dikenakan selepas pukul 12 malam akan menjadi 2 kali ganda. Jadi, pemanduan sendiri adalah lebih menguntungkan.

Yang manakah tawaran terbaik di Johor Bahru?

Mini
Mini
from RM 220.69/hari
Mini
Mini
from RM 221.71/hari
Mini
Mini
from RM 222.72/hari
Mini
Mini
from RM 226.85/hari
Mini
Mini
from RM 236.58/hari
Subkompak
Subkompak
from RM 367.84/hari

Lokasi Pengambilan Paling Popular di Mei 2024

Tawaran tawaran kereta terbaru

Langgan surat berita kami