Kuala Lumpur

Perkhidmatan Kereta Sewa Kuala Lumpur

Bandingkan dan nikmati penjimatan di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur merupakan ibu negeri bagi Malaysia. Sebahagian dari pusat pentadbiran juga berpusat di Kuala Lumpur. Ini menjadikan Kuala Lumpur kawasan yang padat dan sangat sibuk. Namun begitu, ianya tidak menghalang pembangunan dan pemuliharaan kawasan-kawasan destinasi pelancongan yang menarik. Kuala Lumpur cuma terletak 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Nikmati percutian anda dengan memandu sendiri di Kuala Lumpur. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan servis sewa kenderaan; Green Matrix Car Rental, SCR Car Rental dan Destisya Resources. Juga, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan tema percutian anda. Anda boleh memilih jenis kenderaan mini seperti Viva, minivan seperti Starex, ekonomi seperti MyVi, Compact seperti Toyota Vios dan SUV seperti Ford Ranger. Wakil syarikat sewa kereta akan menemui anda di lapangan terbang dan membawa anda ke tempat pengambilan kenderaan. Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan.

Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Kuala lumpur menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan, malah ianya tersenarai sebagai salah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Kebanyakan dari kita menganggap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidaklah sebesar mana-mana kawasan lain, namun begitu, Kuala Lumpur mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Malah, terdapat banyak destinasi pelancongan di Kuala Lumpur yang tiada di tempat lain. Anda boleh lawati destinasi bersejarah yang juga berkaitan dengan permulaan tertubuhnya Malaysia seperti Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Bank Negara, Muzium Telekom, Muzium Negara dan pelbagai jenis muzium yang lain. Untuk hiburan seisi keluarga, anda boleh lawati Desa Water Park, Petrosains Science Discovery Center, Pusat Sains Negara, National Planetarium dan juga Skybridge KLCC. Selain itu, Kuala Lumpur juga tetap meriah di waktu malam. Anda boleh lawati Uptown Danau Kota, KL Downtown Nightmarket, Bazar Larut Malam dan Petaling Street untuk membeli belah.

3 Tempat yang Mesti Dilawati di Kuala Lumpur



  • Pusat Sains Negara

  • Muzium Bank Negara

  • Desa Water Park

Memandu di Sekitar Kuala Lumpur

Dengan memandu sendiri kenderaan, anda boleh meneroka pelbagai kawasan yang menarik di Kuala Lumpur. Namun, diingatkan bahawa Kuala Lumpur adalah kawasan yang padat dan sibuk, jadi, ianya menguji kecekapan pemanduan dan informasi anda. walaupun jaringan kereta api dan monorel di Kuala Lumpur meluas, anda mungkin merasai pengalaman yang menarik dan bermakna jika anda mamndu sendiri di sini. Dengan memandu sendiri, anda boleh melawat ke pelbagai tempat menarik yang ada di Petaling Jaya; kawasan rekreasi, destinasi lawatan percuma, tempat beli belah dan pelbagai lagi. Anda juga tidak terikat dengan masa. Namun begitu anda perlulah mengkaji terlebih dahulu destinasi yang anda ingin tuju supaya anda tidak membuang masa di atas jalan raya.

Bandingkan kereta sewa murah


Selamat, cepat dan mudah dengan tempahan dalam talian

Tukar atau batal tempahan anda secara percuma

Syarikat kereta sewa terkemuka

Mengapa perlu tempah dengan kami?

  • 1,500 syarikat kereta sewa
  • 28,000 destinasi seluruh dunia
  • Pembatalan percuma dan tiada kos tersembunyi
  • 24/7 perkhidmatan pelanggan
  • Bayaran yang cepat dan selamat
  • Tempah dengan 3 langkah mudah
  • Hadiah ekslusif dengan syarikat terbaik
  • Tiada komisen untuk kad kredit