Sewa kereta di Kota Bharu

Tiada yuran dan harga terbaik mengenai ekonomi, mewah, 7-9 kereta tempat duduk dan banyak lagi
https://static.digitaltravelcdn.com/destinations/kota-bharu.jpg
Hertz
InterRent
Europcar
Enterprise
Budget
Avis
Alamo
Thrifty
Ulasan 55,431 • Cemerlang
ulasan 4.5 stars
Pembatalan percuma dan tiada kos tersembunyi
Sokongan 24hr / hari dan sembang langsung
Kaedah pembayaran yang cepat dan selamat
Komisen sifar pada pembayaran kad

Bandingkan dan nikmati penjimatan di Kota Bharu

Kota Bharu adalah ibu negeri Kelantan yang juga merupakan kawasan diraja. Kota Bharu cuma terletak 9.7 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail. Nikmati percutian anda dengan memandu sendiri di Kota Bharu. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan servis sewa kenderaan; Green Matrix Car Rental, Hawk Car Rental dan Prima Odyssey. Juga, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan tema percutian anda. Anda boleh memilih jenis kenderaan mini seperti Viva, minivan seperti Starex, ekonomi seperti MyVi, Compact seperti Toyota Vios dan SUV seperti Ford Ranger. Wakil syarikat sewa kereta akan menemui anda di lapangan terbang dan membawa anda ke tempat pengambilan kenderaan. Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan.

Tempat Menarik di Kota Bharu

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan. Jika anda baru pertama kali ke Kota Bharu, saya pasti anda akan merasa pengalaman yang ‘manis’ di sini. Manisnya Kelantan, atau secara khususnya di Kota Bharu, kerana mereka tidak pernah kedekut gula dalam masakan mereka, sememangnya manis-manis belaka. Selain itu, mereka juga tidak lokek dengan senyuman, sentiasa terhias di bibir mereka. Kota Bharu sememangnya popular sebagai tempat membeli belah yang murah dengan pelbagai pilihan. Antara tempat menarik untuk membeli belah termasuklah Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, kawasan bebas cukai PengkalanKubor, kawasan bebas cukai Rantau Panjang, Bazar Buluh Kubu dan KB Mall. Pantai-pantai di Kelantan secara umumnya lebih sesuai untuk bersantai dan tidak sesuai untuk mandi manda kerana ombaknya yang deras.

3 Tempat yang Mesti Dilawati di Kota Bharu

  • Pasar Siti Khadijah
  • Wakaf Che Yeh
  • Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar) & Balai Senjata

Memandu di Sekitar Kota Bharu

Di Kota Bharu, anda sememangnya memerlukan kenderaan sendiri kerana jika tidak, anda terpaksa mengorbankan wang yang banyak untuk ke satu-satu tempat dengan menaiki teksi. Di sini tidak terlalu pesat, namun begitu dari sudut sudut struktur pembangunan negeri sudah nampak lebih tersusun. Jadi tidaklah terlalu rumit untuk memandu sendiri. Dengan memandu sendiri, anda boleh melawat ke pelbagai tempat menarik yang ada di Kota Bharu; kawasan rekreasi, destinasi lawatan percuma, tempat beli belah dan pelbagai lagi. Anda juga tidak terikat dengan masa. Jika anda mengambil teksi, caj yang dikenakan selepas pukul 12 malam akan menjadi 2 kali ganda. Jadi, pemanduan sendiri adalah lebih menguntungkan.

Lokasi Pengambilan Paling Popular di Jun 2024

Tawaran tawaran kereta terbaru

Langgan surat berita kami