Bandingkan sewa kereta murah di Ipoh - Downtown

Tiada yuran dan harga terbaik mengenai ekonomi, mewah, 7-9 kereta tempat duduk dan banyak lagi
https://static.digitaltravelcdn.com/destinations/ipoh.jpg
Hertz
InterRent
Europcar
Enterprise
Budget
Avis
Alamo
Thrifty
Ulasan 55,431 • Cemerlang
ulasan 4.5 stars
Pembatalan percuma dan tiada kos tersembunyi
Sokongan 24hr / hari dan sembang langsung
Kaedah pembayaran yang cepat dan selamat
Komisen sifar pada pembayaran kad

Maklumat mengenai sewa kereta Ipoh - Downtown

Bandingkan dan nikmati penjimatan di Ipoh

Ipoh adalah ibu negeri bagi negeri Perak. Bandar Ipoh terletak 8 km dari lapangan terbang domestic Ipoh. Ipoh antara kawasan yang agak besar di semenanjung Malaysia. Nikmati percutian anda dengan memandu sendiri di Bandar Ipoh. Antara syarikat terkemuka yang menyediakan servis penyewaan kenderaan adalah Green Matrix Car Rental. Syarikat ini menyediakan pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan tema percutian anda. Anda boleh memilih jenis kenderaan mini seperti Viva, minivan seperti Starex, ekonomi seperti MyVi, Compact seperti Toyota Vios dan SUV seperti Ford Ranger. Wakil syarikat sewa kereta akan menemui anda di lapangan terbang dan membawa anda ke tempat pengambilan kenderaan. Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan.

Tempat Menarik di Ipoh

Perak merupakan negeri terbesar di pantai barat semenanjung Malaysia. Perak juga kaya dengan tempat bersejarah. Antaranya Kellie’s castle, di mana rumah agam ini dibina oleh Kellie untuk isterinya sebagai lambing cinta sejati pada tahun 1915. Malangnya, rumah agam ini gagal disiapkan kerana beliau meninggal secara mengejut akibat penyakit pneumonia. Selain itu, anda juga boleh ke Port Weld; bekas stesyen keretapi tanah Melayu pertama yang berhubung dengan Taiping. Untuk aktiviti keluarga, anda boleh melawat Night Safari Zoo Taiping. Di sini, anda boleh melihat binatang liar pada waktu malam. Antara taman tema yang popular di sini adalah Lost World of Tambun. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di taman tema ini.

3 Tempat yang Mesti Dilawati di Ipoh

  • Lost World of Tambun
  • Night Safari Zoo Taiping
  • Kellie’s Castle

Memandu di Sekitar Ipoh

Bandar Ipoh boleh dikatakan bandar yang sedang membangun. Kawasannya agak luas dan tidak begitu padat. Pemanduan di Bandar Ipoh sudah tentu tidak begitu susah, walaupun begitu, anda tetap perlu membuat kajian tempat yang ingin dituju untuk mengurangkan waktu anda di atas jalan raya.Dengan memandu kenderaan sendiri, anda boleh meneroka pelbagai kawasan yang menarik di Bandar Ipoh. Jika dibandingkan anda memandu sendiri dan menaiki kenderaan awam seperti teksi, caj yang anda perlu bayar lebih mahal dan anda juga terikat dengan masa, memandangkan caj untuk tengah malam akan menjadi dua kali ganda dari caj biasa. Jadi, pemanduan sendiri adalah lebih menguntungkan.

Titik pickup teratas di sekitar Ipoh - Downtown

Tawaran tawaran kereta terbaru

Langgan surat berita kami