Kuching

Perkhidmatan Kereta Sewa Kuching

Bandingkan dan nikmati penjimatan di Kuching

Kuching merupakan bandar yang padat dengan bangunan-bangunan kolonial lama serta bangunan-bangunan moden. Namun begitu, disebabkan kawasan persegi Kuching yang luas, terdapat pelbagai tempat menarik yang berunsurkan flora dan fauna yang indah dan masih tidak terusik. Bandar Kuching terletak 11.3 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Nikmati percutian anda dengan memandu sendiri di Bandar Kuching. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan servis sewa kenderaan. Antaranya adalah Hawk Car Rental dan Kong Tech Car Rental. Juga, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan tema percutian anda. Anda boleh memilih jenis kenderaan mini seperti Viva, minivan seperti Starex, ekonomi seperti MyVi, Compact seperti Toyota Vios dan SUV seperti Ford Ranger. Wakil syarikat sewa kereta akan menemui anda di lapangan terbang dan membawa anda ke tempat pengambilan kenderaan. Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan.

Tempat Menarik di Kuching

Kuching merupakan ibu negeri bagi negeri Sarawak yang merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sudah tentu di sini terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Tempat menarik di Kuching ini sememangnya sangat unik dan beberapa tarikan di sini susah untuk didapati di semenanjung Malaysia. Destinasi pelancongan di Sarawak lebih tertumpu pada kehijauan flora dan fauna yang terelihara dan dijaga rapi. Antaranya termasuklah Hutan Simpan Semenggoh, Kuching Wetland National Park, Fairy Cave dan Wind Cave di Bau. Antara tempat yang menarik untuk dilawati bersama kanak-kanak adalah Taman Buaya Jong, Orchid Garden, Muzium Kucing, Muzium dan Galeri Tekstil dan Kuching Waterfront.

3 Tempat yang Mesti Dilawati di Kuching



  • Kuching Wetland National Park

  • Taman Buaya Jong

  • Muzium dan Galeri Tekstil

Memandu di Sekitar Kuching

Pemanduan sendiri di Bandar Kuching tidaklah begitu sukar. Anda tidak memerlukan skil pemanduan yang hebat kerana bandar Kuching adalah bandar besar yang cukup teratur. Dengan memandu sendiri kenderaan, anda boleh meneroka pelbagai kawasan yang menarik di Kuching. Anda boleh melawat ke pelbagai tempat menarik yang ada di Kuching; kawasan rekreasi, tempat beli belah dan pelbagai lagi. Anda juga tidak terikat dengan masa. Namun begitu anda perlulah mengkaji terlebih dahulu destinasi yang anda ingin tuju supaya anda tidak membuang masa di atas jalan raya.

Bandingkan kereta sewa murah


Selamat, cepat dan mudah dengan tempahan dalam talian

Tukar atau batal tempahan anda secara percuma

Syarikat kereta sewa terkemuka

Mengapa perlu tempah dengan kami?

  • 1,500 syarikat kereta sewa
  • 28,000 destinasi seluruh dunia
  • Pembatalan percuma dan tiada kos tersembunyi
  • 24/7 perkhidmatan pelanggan
  • Bayaran yang cepat dan selamat
  • Tempah dengan 3 langkah mudah
  • Hadiah ekslusif dengan syarikat terbaik
  • Tiada komisen untuk kad kredit