Bandingkan sewa kereta murah di Petaling Jaya

Tiada yuran dan harga terbaik mengenai ekonomi, mewah, 7-9 kereta tempat duduk dan banyak lagi
https://static.digitaltravelcdn.com/destinations/petaling-jaya.jpg
Hertz
InterRent
Europcar
Enterprise
Budget
Avis
Alamo
Thrifty
Ulasan 55,431 • Cemerlang
ulasan 4.5 stars
Pembatalan percuma dan tiada kos tersembunyi
Sokongan 24hr / hari dan sembang langsung
Kaedah pembayaran yang cepat dan selamat
Komisen sifar pada pembayaran kad

Maklumat mengenai sewa kereta Petaling Jaya

Bandingkan dan nikmati penjimatan di Petaling Jaya

Bandar Petaling Jaya merupakan bandar yang dibangunkan sebagai bandar satelit di Malaysia. Jadi, sudah tentu Petaling Jaya juga menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Petaling jaya cuma terletak 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Nikmati percutian anda dengan memandu sendiri di Petaling Jaya. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan servis sewa kenderaan; Green Matrix Car Rental dan Sixth Car Rental. Juga, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan tema percutian anda. Anda boleh memilih jenis kenderaan mini seperti Viva, minivan seperti Starex, ekonomi seperti MyVi, Compact seperti Toyota Vios dan SUV seperti Ford Ranger. Wakil syarikat sewa kereta akan menemui anda di lapangan terbang dan membawa anda ke tempat pengambilan kenderaan. Jadi, tiada apa yang anda perlu risaukan.

Tempat Menarik di Petaling Jaya

Petaling jaya merupakan salah sebuah daripada 9 buah daerah di Selangor. Daerah ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang menanti untuk diterokai sama ada secara solo atau bersama keluarga. Kebanyakan tempat menarik di Petaling Jaya boleh dikategorikan sebagai tempat hiburan keluarga dan juga tempat membeli belah. Bandar Sunway menawarkan pelbagai aktiviti penerokaan yang sesuai untuk seisi keluarga. Di dalamnya terdapat Sunway Lagoon, Sunway Lagoon Water Park, Sunway Lagoon Amusement Park, Sunway Lagoon Wildlife Park, Sunway Lagoon Extreme Park dan Sunway Lagoon Scream Park. Bagi aktiviti membeli belah, terdapat Sunway Piramid yang menawarkan pelbagai jenis butik terkenal dengan pelbagai trend fasyen terkini. Selain dari Sunway Piramid, anda juga boleh meneruskan aktiviti membeli belah di One Utama Shopping Center.

3 Tempat yang Mesti Dilawati di Petaling Jaya

  • Muzium Coklat
  • Sunway Lagoon Water Park
  • Sunway Lagoon Extreme Park

Memandu di Sekitar Petaling Jaya

Dengan memandu kenderaan sendiri, anda boleh meneroka pelbagai kawasan yang menarik di Petaling Jaya. Jaringan kereta api dan monorel di Petaling Jaya tidak begitu meluas dan terdapat tempat menarik untuk dilawati yang terletak agak jauh dari stesen kereta api monorel. Jadi, pemanduan sendiri di Petaling Jaya memberi anda lebih kelebihan di situ. Selain itu, jika dibandingkan anda memandu sendiri dan menaiki kenderaan awam seperti teksi, caj yang anda perlu bayar adalah berkali ganda lebih mahal. Dengan memandu sendiri, anda boleh melawat ke pelbagai tempat menarik yang ada di Petaling Jaya; kawasan rekreasi, destinasi lawatan percuma, tempat beli belah dan pelbagai lagi. Anda juga tidak terikat dengan masa. Jika anda mengambil teksi, caj yang dikenakan selepas pukul 12 malam akan menjadi 2 kali ganda. Jadi, pemanduan sendiri adalah lebih menguntungkan.

Tawaran tawaran kereta terbaru

Langgan surat berita kami